7 Mac 2014 - Rezeki Mak Abah dapat tunaikan umrah dengan tenang tanpa sebarang gangguan..banyak cerita dah lupa ..tapi gamba melambak-lambak tak berupload..malas!!
21 Mac 2014 - sekali lagi kami di uji dengan ujian yang Maha berat..tanpa kami sangka... tapi semua perancangan Allah..siapa kami untuk menghalang takdir. Adik kepada Aufar...Muhammad Azfar Raimi telah Allah tarik hak penjagaanya dari kami..berusia kurang lebih 6-7 bulan. betul-betul kami tak sangka...
seminggu sahaja tempoh yang di beri untuk menjaga anak kecil itu di Hospital Ampang Putri.. Disahkan Denggi. Subhanallah cukup kami tak kuat untuk berdepan dengan ujian...tapi Kami terus berdoa kepada Allah supaya beri kami kekuatan untuk tempuh segala dugaan ini. Ibu beruntung dapat jaga Azfar masa Aufar tgh bertarung nyawa..dapat jaga semalaman...
ibu rindu semua anak-anak ibu.....kenangan yang tercipta takkan pernah luput diingatan..sentiasa ibu selitkan doa dalam solat ibu " Ya Allah..Kau satukan anak- anak kami di syurgaMu...supaya anak-anak ini kelak dapat memimpin tangan ibu bapanya, atok neneknya dan ibu bapa saudaranya untuk masuk kesyurgaMu"
Amin Ya Rabbal alamin....
---------------------------------------------------------------------------------------------
Dah lama sebenarnya ada impian nak bukak citer untuk Aufar sorang. dah lama sangat pendam impian.
tapi hari ni aku nak bercerita juga.
Sebelum tu nak bagi info jelas supaya orang tak keliru.
Muhamad Aufar Rifqi adalah anak sulung abang aku.
Permata hati semua orang.
Aufar gelar kan aku Ibu.
Dan panggil Ridzuan "Kewah" (uncle wan) biasala budak tak pandai cakap lagi.
Setiap minggu mesti call along/ kak faten (abg/kak ipar) tanya datang rumah tak?
semorang memang menunggu kedatangan si kecik ni..
seorang budak yang sangat aktif, lincah dan keletah dia buat kita ketawa.
28/1/2014 baru je sambut hari lahir yang ke dua.
Selamat hari jadi abang! hari ahad memang dah planned panggil sedara mara terdekat datang.
saje nak celebrate birthday Aufar (dah besar anak ibu)
Minggu sebelum kenduri tu ada satu pagi masa aku nak pergi pasar beli lauk ngan Ridzuan dia beria nak ikut. kitorang konpius...sejak bila nak ikut orang berjalan ni. sb biasanya dia akan melalak....nak naik kete walid ngan mama dia je. tetiba hari tu nak..alhamdulillah...perjalanan very smooth. Aufar memang behave...Aufar kata nak tgk "Loyiiiiii" (lori)...nak tgk "Bhasssss" (bas) ...nak tgk "ben" (van) beria sungguh...
Kalau kat rumah mak dia suka ketuk bilik aku. terjerit2 nak tgk pen-pen (upin ipin) kt ipad.
Ridzuan suka melayan...sambil baring sebelah ridzuan. walaupun pintu bilik kita tutup dia memang tak menjerit. OK sgt.
Besok nak sambut birthday malam tu aku plan nak pg cari hadiah dia. PON beria nak ikut...sampai menangis2...masa tu Walid die sempat jugak pam kan ubat asthma & tukar baju .
Elok je die....behave sgt..sepanjang jalan dok sebut " loyiii....Bhasssss....ben......ampu anyak (lampu byk)'' sampai Jusco yang suprise tu die sendiri pilih nak baju ape... wahhhh...pandai anak ibu..ade taste gitewww...belikan baju lain tanak...nak gak yang satu tu...takpe...satu baju je letak dalam troli...yang lain aku pegang sangkut kt bahu. ada la 2 pasang beli baju untuk dia.
26.1.2014 - celebrate birthday
29.1.2014 - Kebetulan masa tu aku pg makan kat kg baru. Habis makan masa nak balik tgk tayar depan aku kempis.. sb ada paku...masa tu hati memang dah tak sedap. takpe...Ridzuan tukar tayarr. dengan bantuan sorang abang yang baik hati. terpaksa la tukar pakai tayar sotong
On the way balik rumah tetiba dapat call dari adik...die cakap Aufar Kritikal sebab Asthma...''Allahurabbi" dalam kete dah menangis2...mohon Allah lindungila si kecil ini.
terpaksa balik rumah untuk tukar kete. sampai rumah mak dah siap. terus amik kunci kete trus zasssss pergi hospital Ampang.
sampai2 Aufar dah masuk ICU "macam nak pecah jantung ibu nakkkk" menangis tanpa henti...
dalam hati tak henti2 berdoa.
masa dalam ICU macam2 nampak doktor tgh buat dekat Aufar...ibu benci tengok situasi ni nak....benci sgt!!! sampai pukul 3 pagi tunggu macam mana keadaan Aufar. tak henti2 berdoa dalam hati.
Aufar terkena Infection & Asthma. Keadaan sangat kritikal. apa yang ibu nampak doktor tulis Pneumonia. ibu masih mencari info tentang penyakit ni.
Apapun Walid, Mama Aufar dan seluruh Ahli keluarga masih terus berdoa untuk Aufar.
Kami semua Panic dengan apa yang berlaku. kami percaya dengan kepakaran doktor yang ada.
''Semoga Abang bertahan ye sayang...Ye ibu tau sakit..tapi abang nak cepat baik kan...Abang lawan tau!
Esok kita tgk loyi..bhasss..ben ngan kewah ye....''
Abang cepat sembuh...Atok tunggu ni...semorang tunggu abang |
rasa nak pecah dada bila doktor nyatakan perkara ini kepada kami sekeluarga |