ok nak cerita pasal denggi & kencing tikus. lama sangat peram kang aku pun lupa..
30 April 2014 - ni dah hari ke-3 mak demam. masa hari pertama mak demam tu is on saturday. masa tu kitorang tengah lepak kat bawah sambil tgk tv. mak kat bilik atas sensorang. memang rutin pun kalau lepas mak balik dari jogging die akan rehat kt bilik atas. so takde rasa pelik sangat. tapi jumaat tu aku baru teringat. malam tu mak tido awal sb katanya tak larat. ok fine. aku pun mcm anggap biasa la.
so tetibe sabtudalam pukul 11 lebih gitu mak turun..katanya dia panggil - panggil dar bilik atas takde sape dengar. yelah semorang tgh duduk lepak kat bawah.mana nak dgrkan. mak kata die demam. sampai terkencing dalam kain. ha?? aku cakapla kenapa tak masuk toilet bilik atas je..mak kata die tak larat sendi semua sakit. ok takpe..tapi agak pelik dah sb mak bukan jenis macam tu pon. pastu abah ngan kuruz (adik aku) bawak pg klinik. aku tak g sb sibuk nak masak tghari. so balik tu abah kata demam mak 42'..tinggi sangat tu..takpe. mak makan ubat n rehat dlu. next day tu demam dah kurang tapi mak lemah sangat. asik terbaring. ooo ahad tu mak muntah- muntah. pastu aku cakap esok kalau tak ok jugak kita pg sepital. sampai la keesokkan nya aku pg keje mcam biasa. dalam pada tu keep calling abah tanya mak macam mana. tapi biasa abah die mana nak cakap mak tak ok mesti die cakap mak dah ok..so tak puas hati aku tanya kuruz. so kuruz kata mak dah lembik. ceh abah ni. mungkin abah tanak ganggu aku kt opis. ok fine.
pagi masa aku bekpes ngan Ridzuan dia dah cakap...balik awal amik mak bawak pg hospital. tapi aku tggu sampai habis lunch. pastu rasa tak sedap hati dalam kol 2 tu aku balik. sampai rumah aku bg mak makan dlu. sebab die tak lalu nak makan minum since sabtu so macam takde energi dalam badan. sementara tunggu mak habiskan makan. aku siap-siap mandi, pastu packing baju mak. masa ni dalam kepala dah fikir nak hantar PPUM terus. yang pergi masa tu abah, aku kurus n ofkos mak.masa kete dah jalan abah cakap suruh singgah dekat klinik kesihatan area umah aku. so tak fikir panjang terus pg. kejap je dalam 5 minit sampai. after register semua mak kne amik darah terus doktor panggil masuk balik. pun kejap jugak sb doktor suruh bawak pg hospital terus naik ambulans...ha??? sb doktor kata platlet mak dah tinggal 11..Ya Allah....terkejut betul. trus teringat kat arwah azfar meninggal sb denggi tu platlet die 25. mak ngan abah terus naik ambulans pg hospital KLANG. aku ngan kuruz follow bawak kete. sampai kt hospital trus mak kena masuk EMERGENCY bagian KRITIKAL. benda jadi dalam masa yang sangat singkat. masa tu memang tak habis-habis suruh mak MINUM 100 plus. untuk kurangkan demam tu. kesian. mak dah kena pakai oksigen sb mak tak boleh nak bernapas dengan betul. lemah sangat mak masa tu. i was thinking " TU BUKAN MAK" sb mak tak pernah selembik tu. Ridzuan pun balik keje terus datang hospital. termasuk abang- abang aku. after few call yang aku buat adik beradik mak abah pun ada beberapa yang sampai. dalam pukul 3 pagi kalau tak silap mak kena pindah ward. masuk ward denggi. katil mak paling DEPANNN sekali sb senang nurse nak monitor. so masa tu aku ngan yang amik giliran jaga mak. hari ketiga kat Ward tiba- tiba doktor kata nak hantar mak masuk ICU/CCU...damnnnnnnnn....ape lagi lepas ni...aku pun tanya kenapa.. sb die kata nak pantau rapi. keadaan mak makin tak stabil. paru-paru dah leaking, reading HATI pun terlalu tinggi sampai mak kne HEPATITIS. masa tu jgn cakapla. aku punye perasaan takut sama macam AUFAR NGAN AZFAR nak pergi tinggalkan kitorang. aku tak putus- putus doa, dengan menangis nya.. ABAH tak payah cakaplah. sampai tak tidur, menangis je. KURUZ pun sama. senang cter semorang menangis la.
Dalam ICU/CCU ni memang macam keadaan lembu nak kena lapah. berselirat wayar masuk baik kt tangan taupun kaki. TAPI ALHAMDULILLAH sepanjang mak kt ICU she is NOT COMA. die sedar je. mak kata dia susah nak tido sebab menanggung rasa sakit. masa tu memang kitorang jadikan icu tu rumah kedua la. after few days bile doktor nampak keadaan mak dah stabil baru mak di pindahkan kat ward biasa. tapi i tell u mak punya platlet drop sampai 2..DUA ok!! 2 bag darah doktor masukkan dalam badan mak. lepas pindah ward biasa pun mak still kena orang tunggu sb keadaan mak masa kt icu betul-betul kritikal. pakai pampers la, nak pg toilet kena berpapah. makan nak kena bersuap sb tangan mak bengkak dan berbirat-birat bekas masuk air n amik darah. macam- macamlah. sampailah doktor bagi mak keluar .
ok tu je cter mak. nak continue cter pasal Ridzuan plak.
mak main candy crush ok! ko ade? kahkahkah..masa ni dalam ICU lagi. oksigen yang bagak tu dah bukak.tapi wayar still here & there
Masa ni dah transfer ward biasa dah. yang sakit dok kt kusi. yang tak sakit dok atas katil. thumbs up!! wahhh akak kt belakang tu kemain..HAHA
12 May 2014 - Congratz kuruz berjama tamat kan pengajian. masa ni aku ngan Ridzuan temankan dia Grad kat UITM Melaka. sb mak baru balik hospital so abah kena jaga..HEHE..
akak saje amik gabo paling burokkkk..KAHKAHKAH..nnti ko yang glemer lebih =P
13 May 2014 - betul-betul 2 hari lepas mak kuar hospital. masa kt UITM tu dalam kol 4 cenggitu die kata sakit perut. banyak kali pg toilet. selang dari tu die kata tibe- tibe badan berpeluh. aku jgn cakapla time tu. dah la manusia sikit punya ramai. sampai bp kali la aku nak pitam. aku ingatkan ridzuan macam biasa- biasa. tamat je majlis dalam pukul 6 kitorang g lepak makan jap. pastu balik KL. Ridzuan kata die tak larat nak drive sebab sakit sendi. all of sudden badan die panas. takpe la otw balik tu si Kuruz yang drive. sampai je rumah aku terus suruh die mandi, makan ubat n tido. makin lama aku rasa badan die panas. one thing laki aku ni kalau die demam tolong jgn pasang kipas or selimutkan tetebal.aku pulak tak boleh tido pasal risau tgk die. mak baru kuar hospitalkan.
tapi tanda- tanda denggi memang dah complete dah..Ridzuan cirit - birit, sakit sendi dan demam yang suhu tahap melampau. kol 4 pagi tu aku dah takle tunggu. aku bangun mandi sempat solat sunat supaya Allah mudah kan urusan Ridzuan pastu packing baju trus aku kejut die ajak pg hospital. pukul 4 pagi ok!! terus drive pegi DEMC. dah register semua amik darah pun dah pastu jumpa doktor. KONFEM dalam darah dia ada DENGGI. POSITIF..again!! i cry n cry n cry....why me Allah?? tapi aku kuatkan semangat. kalau tak macam mana Ridzuan nak sembuhkan, doktor kata platlet Ridzuan still 180++. aku cakap ngan doktor "i dont care doctor, i still nak die warded because my mother baru keluar dari hospital sebab DENGGI". Doktor check dengan nurse bilik semua full. DAMN!! sb kes denggi terlalu tinggi. lepas few calls from one hospital to another hospital yang semuanya pon penuhhhh last sekali aku dapat satu. kt SALAM Specialist. which located belakang umah aku. fuhhh lega..lagi senang. register n tunggu kejap terus dapat bilik, alhamdulillah.
biasalah procedure doktor..macam - macam nak amik. darahla, sample kencingla berakla. takpe. kalau itu yang boleh bg sembuh aku tadah je. tapi tu lah nak cakap. Perasaan seorang isteri yang Allah kurniakan tu sangat indah..KALAU aku dengar cakap doktor kt DEMC tak payah warded memang lagi teruk laki aku. kt SALAM sampai dapat detect yang Ridzuan terkena VIRUS KENCING TIKUS + DENGGI..wawawa..i cry, cry & cry again...why me Allah???tetiap hari menangis. aku takut sangat. Ridzuan punya badan panas ya Rabbi tak payah cakaplah. tapi die boleh menggigil mcm temperature 0'. macam mana tu. tak ke sedih. sampai kena peluk die bg kurang rasa menggigil die. Allah jelah tau hancurnya hati aku tgk Ridzuan yang kuat selama ni jadi lemah mcm tu. Die lagi chill..kalau demam mesti pegi jogging. nak bagi kebah demam konon. siap mintak doktor nak pg jogging. aku cakap kt die, kang kalau rebah sape nak pikul? aku? paling kuat pun aku gulingkan die sampai kat kete..aku pun tgh mabuk-mabuk pregnant. HAHAHA..mengong!
2 minggu die terlantar kt sepital. anje- anje angatttt...pg toilet aku kena teman, mandi pun kena mandikan, makan pun bersuap..haishhh...AKU CINTA PADAMU SAYANG..haha..lepas ni aku pantang siapla dia..hahaha
ni Paiz. adik ridzuan datang dari batu pahat. sayangggg die kt ridzuan. padahal student kot. datang tido hospital 2 mlm temankan kitorang.masa ni dah dalam proses recover.
OK nak bgi tips makan kalau untuk orang DENGGI. ingat ye.. DENGGI ni belum ada vaksin lagi. ikthiar doktor hanya masukkan drip air. tapi InsyaAllah 2016 dah ada vaksinnya. sb DOKTOR Ali yang rawat Ridzuan ni rupanya best fren pakcik Ridzuan kt Hopital KEM TERENDAK, MELAKA dan doktor Ali pon pernah rawat ABANG ridzuan ni dulu. sakit ape ye. lupeee...ha bagusss sgtla tu.
KETAM NIPAH - orang kata ketam biasa pun boleh. tapi sebenarnya yang lagi mujarab ketam nipah ni. ketam nipah ni better buat sup..
DAUN BETIK - kalau jenis yang takde hal nak makan ulam yang pahit tu silakan kunyah. macam Ridzuan memang slamber je kunyah walau pait...macam mak aku tak..aku kena blender sampai jadi air. tapis dlu..kang tersedak kang.
TELUR AYAM KAMPUNG - telur ayam kampung elok tau. die akan naik kan pletlet darah. masa mak masuk aku taktau lagi tapi masa Ridzuan ni MAK BUSU ridzuan (wife pakcik die yang doktor) kata elok sangat. buat macam manakn telur setengah masak. tak lalukan makan gitew je.. letakla kicap ngan lada sulah.
AIR 100 Plus - tang ni aku tak setuju. kalau demam biasa- biasa mungkin okla kot. macam kes mak.sb minum 100 plus gula dalam badan jadi tinggi. kalau boleh elaklah. campur mak ngan ridzuan punya collection air 100 plus (orang bagi masa melawat) aku rasa dah boleh bukak kedai. KAHKAHKAH..
AIR ZAM-ZAM & AIR MASAK - yang ni kalau dapat minum byk memang champion. doktor pun suruh minum banyakkkkkk.
note: even sampai sekarang bile tgk ketam ridzuan ke mak menyampah. jangan cakap dorang...aku ni punnnnnnn sama..nak MUNTAHHHHHH
untuk KENCING TIKUS pulak so far takde pemakanan yang spesifik sb doktor masukkan antibiotik . so dont worry. nasihat aku. kalau ada sape- sape yang dah terkena sipi-sipi simptom DENGGI cepat dapatkan rawatan. yang PAKAR dalam denggi ni adalah HOSPITAL KERAJAAN. tapi Ridzuan aku tak larat nak masukkan kerajaan sb tak larat. aritu aku dah jaga mak..so taulah experience tu.
kBai
Love
-haizan-