Assalamualaikum korang! hahaha..gelak dulu sebelum nak membebel.
Sendiri taip sendiri sengal. Maunye tak. update dikala mau. tamau lantak situ.
kosser nak buat.kahkah. lantakla.
otak kosong sepi giler. pagitadi masuk opis buat keje kejap pastu asik kan browse tenet sampai taktau nak browse ape. maklum..awal bulan. Account close so keje tu tak begitu menimbun.
lagi satu mood nak buat keje dah ilekkk pocik. sb satu kitorang nak pindah opis. memula kata isnin selasa depan. sekali ubah plan khamis ngan jumaat ni dah kena start pindah. yang kedua pulak sebab mood dah ke arah cuti bersalin. so bgtau la kt mana yang interestingnya suasana kat opis ni. dengan keadaan tunggang langgang, lintang pukang semua ada complete. aku dah start packing barang masuk kotak since sebelum cuti merdeka ag sb due aku bulan 9. so dah prepared awal. lagi satu kang kalau tak prepare orang yang bungkuskan file keje aku bukan tau sangat pasal history file. kang jenuhh nak cari dari satu kotak ke kotak yang lain. dari aku pening baik buat sendiri walau dalam keadaan sarat. thanks boss banyak membantu. yer..boss saya yang lelaki sangat baik ati..
Sekarang ni dah masuk minggu ke 37 pregnancy i uollss..hehe..Nervous? kurang dah.. sebab treatment yang aku buat adalah dengan tidak membaca mana- mana pengalaman bersalin. melainkan aku baca "cara mudah bersalin", "cara mempercepat bukaan" , "cara breathing", "cara nak elakkan baby kuning"..gitewwww....please ye sesape cuba menakutkan or menceritakan ai is malas nak dengar. lagi satu lain orang lain cara sakitnya. hahaha..
dah dekat-delkat ni pulak aku banyak makan yang mana aku teringin. sb lepas ni kan pantang. cecece..alasan pantang tu. pada aku pantang makan bukan setakat 44 tu je. sb aku ade azam nak breastfeed anak sampai umur 2 tahun. so pemakanan memang kena jaga. cehhh kedengaran seperti POYO gitew =P. Kalau aku tak confidentkan diri aku sape lagikan.
So far barang-barang semua dah well prepared (barang asas). bag pun dah siap letak dalam bonet kete. tunggu masa je nak deliver. cuma breast pump tgh mencari masa nak beli. like stroller & car seat tu nanti la..tak penting pun lagi. since pantang pun 44 hari. lepas tu baru nak mencari. Ridzuan nak beli awal tapi aku malas nak layan..Haha..kesiankan. Papa dia begitu eksaited. nanti ye Pa!
Set berpantang pun dah beli. ai is pilih Tanamera. sb ia berasakan herba- herba not jamu. nanti kita review produk. ada item yang aku dah start pakai macam VCO & Brown Soap. Antara lain yang aku minum is Susu Kambing. katanya bagus untuk anak yang menyusu & nak prevent dari kena jaundice. aku ni yang namanya susu memang tak perna lalu kat tekak kecuali MILO & SOYA. tapi nasib baik susu Kambing ni ada perisa coklat. demimu anak MAMA telan jugakkkk..=)
pon nanti kita review susu kambing yang aku pakai. (ehhh semua ko nak review. kenyataan ke angan-angan semata??hahaha shadapppppppppppppppp)
Nama baby dah standby. PAPA yang carikan. elokla. aku ni sampai naik juling bijik mata mencari nama. last- last ridzuan bgtau yang dah ada nama. senang dah keje MAMA syg..
ooohh btw.. aku dah dapat kunci rumah baru..YEAY!! double happiness disitu. tapi takle nak buek apo laiii..banyak duit nak pakai. planning ridzuan tahun depan baru pindah. mungkin boleh raya kat umah baru? yeay!!!
okla. nanti sambung update lagi
KBai
Love
-Haizan-