Sunday, 29 June 2014

Aku Jual Kuih Raya #MAKANDAKHOMEMADECOOKIES

Salam Ramadhan! 


acaner puasa first day? sure lembik..hehe..maklum first day. 
time- time pose ni kebanyakkan suke browse pasal resipi nak masak ape masa berbuka. 
masa tu la rasa berjejehhhhhh ailio..HAHA..sabo jela. 

tahun ni aku puasa bersama baby dalam perut...NAK..behave ye..tolong mummy puasa biaq penuh..
nanti nak ganti seksa NAK oiii...Semoga Allah makbulkan doa supaya beri aku ketahanan mental dan fizikal selama pregnant dalam bulan pose ni.. Aminnnnnnn

ok  biasa kan macam tahun sebelum ni aku niaga KEK BUAH KUKUS. 
tahun ni tutup kedai kejap. so tahun ni tolong mak andak meniaga kuih je.

Kuih mak andak jual ni SEDAPPP  dan RANGUPP. Orang KATA INDAH RASA dari RUPA..=)
Very recomended! HARGA JAUH LAGI MURAH.
Ketiga - tiga kuih kat bawah ni dalam sebalang ada dalam 45-50 pcs  atau mungkin LEBIH..
untungkan? DAN BOLEH DI JADIKAN BUAH TANGAN UNTUK SEDARA MARA KITA..gituuu..

HARGA SEBALANG RM 15 SAHAJA ( Tak termasuk harga POSTAGE)
TARIKH TUTUP  order 14 July 2014. 
Start collect ( Bagi yang self Pick up) / POS  pada 17- 22 July 2014

tempat pick up :-

* Menara TM Jalan Pantai Baharu ( Opis )
* Seksyen 19 Shah Alam 

Boleh Planning awal supaya senang kedua belah pihak. 
ok sape yang nak order boleh PM aku dekat :-

FB & Instagram : Haizan Qaseh
Email : zara.haizan@gmail.com
WhatsApp/ SMS : 0193920057 ( untuk pembelian kuih je! )

Note : jangan order last minit erkkkk! kesian Mak Andak kang tak beghayo pulak kang!










Kbai! 

Love
-Haizan- 

Tuesday, 24 June 2014

Mengidam - Cheese Naan Meleleh paling sedap

bp kali dah aku ngajak Ridzuan makan cheese naan. selalu p makan kat Restoran Murni. 
tapi kak Faten kata ade tempat lagi sedap. 
terus redah p cari. haha..dasar!
lupa dah hari ape. tapi weekend la. 
saja try & error.
lokasi dekat belakang job street.
bukan kedai mamak yang pasti.
macam kedai pakistan gitu la.
saiz roti die pun tak sama mcm cheese naan yang gabak kite biasa makan. 
biasa kalau kt makan sekeping tu boleh makan berdua.
tapi ni hanya boleh makan sorang sekeping *dasar pentamak*hehe

kalau tgk review pun memang rata-rata kata superb!
makan ngan kuah dhalll..perghhh terbaik..
memang takkan jumpa roti kosong gitu. 
every single bite memang tergigit cheese plus cheese tu tak memuakan. acaner tu?
p la try!

alamat:-
RSMY House of Beriani
11 & 13 Jalan Medan Tuanku
50300 KL





KBai!

Love
-haizan-

BFF Selamanya

ni kejadian baru ni. ni sume kawan sama belajar masa zaman diploma. 
susah senang bersama. asalnya ida, pika ngan jana sebilik.
aku  n nana ni  ngan derang classmate. tah macam mana boleh rapat. ooo ada sorang lagi si nad.
nad tak dapat join sb anak tak sihat. dah mak- mak rupenya group aku ni. kecuali ida. ida tgh berusaha keras..hehe..lek la daaa.....aku ngan nana pun ada gap masa..take ur time bebeh!chill je =)

teringat lagi masa zaman aku sakit dlu. aku suke duduk bilik pika jana ida ngan nad sb dorang jaga aku baikkkk punya. makan pun sama-sama. banyakla kenangan. 
paling tak boleh bla kejadian sambut birthday azue..haha. haram sungguh. satu bilik kena denda sb memekak malam-malam buta.kahkahkah.

ida ngan nad - asal makan je mesti kena ada kicap. pastu peel suka dok kat tingkap sambil tarik **** *****..kahkahkah

jana - tak habis nak berdating ngan joon je..sket-sket joon

pika - pun sama...ngan orang yang bg nama jaroh tu

nana - ni pompuan suke jalan sambil berkemban bile kuo bilik air.pastu mulut meleserrrr haha...

hahaha ni antara peel - peel yang sampai sekarang takkan aku lupa. 

korang ingat tak kejadian hp pika hilang? haha..dasar fenipu betol si **** hahaha sorok hp dalam spender..gile! psycho!

banyak lagi kejadian - kejadian yang mcm haram jadahh 

pika ko ingat tak kejadian miss mimi pi ketok pintu bilik sebab ko tak masuk kelas? haha..sumpah bab ni aku paling cuak..dah la miss heret aku suruh tunjuk bilik korang..mampos. masa tu aku doakan ko betul- betul la demam. padahal..smlm dating balik lambat. cibss aku plak kena kaver..haha

ni semua jenis kalau ada assignment buat last minit. yang jadi mangsa si azue.HAHA..sape suruh jadi budak pandai sangat. 

tapi tu semua kenangan manis kitorang. aku takkan lupa korang semua. terima kasih selalu ada untuk aku. saling bertukar pendapat..saling nasihat menasihati. 

tahun 2014 ni rezeki kami dapat pregnant sama- sama.

nana due - julai 2014
pika due - aug 2014
aku due - sept 2014

apapun semoga Allah mudahkan kita bersalin kan geng.aku sayang korang!! 


jana - tomeinya anggun



mak buyung nana & mak buyung tuan blog



pika - besar dah medina





















KBai!

Love
-haizan-

Thursday, 19 June 2014

Rawatan Denggi & Rawatan Kencing Tikus & Pemakanannya - Kisah Mak & Ridzuan

ok nak cerita pasal denggi & kencing tikus. lama sangat peram kang aku pun lupa.. 

30 April 2014 - ni dah hari ke-3 mak demam. masa hari pertama mak demam tu is on saturday. masa tu kitorang tengah lepak kat bawah sambil tgk tv. mak kat bilik atas sensorang. memang rutin pun kalau lepas mak balik dari jogging die akan rehat kt bilik atas. so takde rasa pelik sangat. tapi jumaat tu aku baru teringat. malam tu mak tido awal sb katanya tak larat. ok fine. aku pun mcm anggap biasa la. 
so tetibe sabtudalam pukul 11 lebih gitu mak turun..katanya dia panggil - panggil dar bilik atas takde sape dengar. yelah semorang tgh duduk lepak kat bawah.mana nak dgrkan. mak kata die demam. sampai terkencing dalam kain. ha?? aku cakapla kenapa tak masuk toilet bilik atas je..mak kata die tak larat sendi semua sakit. ok takpe..tapi agak pelik dah sb mak bukan jenis macam tu pon. pastu abah ngan kuruz (adik aku) bawak pg klinik. aku tak g sb sibuk nak masak tghari. so balik tu abah kata demam mak 42'..tinggi sangat tu..takpe. mak makan ubat n rehat dlu. next day tu demam dah kurang tapi mak lemah sangat. asik terbaring. ooo ahad tu mak muntah- muntah. pastu aku cakap esok kalau tak ok jugak kita pg sepital. sampai la keesokkan nya aku pg keje mcam biasa. dalam pada tu keep calling abah tanya mak macam mana. tapi biasa abah die mana nak cakap mak tak ok mesti die cakap mak dah ok..so tak puas hati aku tanya kuruz. so kuruz kata mak dah lembik. ceh  abah ni. mungkin abah tanak ganggu aku kt opis. ok fine. 
pagi masa aku bekpes ngan Ridzuan dia dah cakap...balik awal amik mak bawak pg hospital. tapi aku tggu sampai habis lunch. pastu rasa tak sedap hati dalam kol 2 tu aku balik. sampai rumah aku bg mak makan dlu. sebab die tak lalu nak makan minum since sabtu so macam takde energi dalam badan. sementara tunggu mak habiskan makan. aku siap-siap mandi, pastu packing baju mak. masa ni dalam kepala dah fikir nak hantar PPUM terus. yang pergi masa tu abah, aku kurus n ofkos mak.masa kete dah jalan abah cakap suruh singgah dekat klinik kesihatan area umah aku. so tak fikir panjang terus pg. kejap je dalam 5 minit sampai. after register semua mak kne amik darah terus doktor panggil masuk balik. pun kejap jugak sb doktor suruh bawak pg hospital terus naik ambulans...ha??? sb doktor kata platlet mak dah tinggal 11..Ya Allah....terkejut betul. trus teringat kat arwah azfar meninggal sb denggi tu platlet die 25. mak ngan abah terus naik ambulans pg hospital KLANG. aku ngan kuruz follow bawak kete. sampai kt hospital trus mak kena masuk EMERGENCY bagian KRITIKAL. benda jadi dalam masa yang sangat singkat. masa tu memang tak habis-habis suruh mak MINUM 100 plus. untuk kurangkan demam tu. kesian. mak dah kena pakai oksigen sb mak tak boleh nak bernapas dengan betul. lemah sangat mak masa tu. i was thinking " TU BUKAN MAK" sb mak tak  pernah selembik tu. Ridzuan pun balik keje terus datang hospital. termasuk abang- abang aku. after few call yang aku buat adik beradik mak abah pun ada beberapa yang sampai. dalam pukul 3 pagi kalau tak silap mak kena pindah ward. masuk ward denggi. katil mak paling DEPANNN sekali sb senang nurse nak monitor. so masa tu aku ngan yang amik giliran jaga mak. hari ketiga kat Ward tiba- tiba doktor kata nak hantar mak masuk ICU/CCU...damnnnnnnnn....ape lagi lepas ni...aku pun tanya kenapa.. sb die kata nak pantau rapi. keadaan mak makin tak stabil. paru-paru dah leaking, reading HATI pun terlalu tinggi sampai mak kne HEPATITIS. masa tu jgn cakapla. aku punye perasaan takut sama macam AUFAR NGAN AZFAR nak pergi tinggalkan kitorang. aku tak putus- putus doa, dengan menangis nya.. ABAH tak payah cakaplah. sampai tak tidur, menangis je. KURUZ pun sama. senang cter semorang menangis la. 
Dalam ICU/CCU ni memang macam keadaan lembu nak kena lapah. berselirat wayar masuk baik kt tangan taupun kaki. TAPI ALHAMDULILLAH sepanjang mak kt ICU she is NOT COMA. die sedar je. mak kata dia susah nak tido sebab menanggung rasa sakit. masa tu memang kitorang jadikan icu tu rumah kedua la. after few days bile doktor nampak keadaan mak dah stabil baru mak di pindahkan kat ward biasa. tapi i tell u mak punya platlet drop sampai 2..DUA ok!! 2 bag darah doktor masukkan dalam badan mak. lepas pindah ward biasa pun mak still kena orang tunggu sb keadaan mak masa kt icu betul-betul kritikal. pakai pampers la, nak pg toilet kena berpapah. makan nak kena bersuap sb tangan mak bengkak dan berbirat-birat bekas masuk air n amik darah. macam- macamlah. sampailah doktor bagi mak keluar .
ok tu je cter mak. nak continue cter pasal Ridzuan plak.

mak main candy crush ok! ko ade? kahkahkah..masa ni dalam ICU lagi. oksigen yang bagak tu dah bukak.tapi wayar still here & there








































Masa ni dah transfer ward biasa dah. yang sakit dok kt kusi. yang tak sakit dok atas katil. thumbs up!! wahhh akak kt belakang tu kemain..HAHA



12 May 2014 - Congratz kuruz berjama tamat kan pengajian. masa ni aku ngan Ridzuan temankan dia Grad kat UITM Melaka. sb mak baru balik hospital so abah kena jaga..HEHE..

akak saje amik gabo paling burokkkk..KAHKAHKAH..nnti ko yang glemer lebih =P



13 May 2014 - betul-betul 2  hari lepas mak kuar hospital. masa kt UITM tu dalam kol 4 cenggitu die kata sakit perut. banyak kali pg toilet. selang dari tu die kata tibe- tibe badan berpeluh. aku jgn cakapla time tu. dah la manusia sikit punya ramai. sampai bp kali la aku nak pitam. aku ingatkan ridzuan macam biasa- biasa. tamat je majlis dalam pukul 6 kitorang g lepak makan jap. pastu balik KL. Ridzuan kata die tak larat nak drive sebab sakit sendi. all of sudden badan die panas. takpe la otw balik tu si Kuruz yang drive. sampai je rumah aku terus suruh die mandi, makan ubat n tido. makin lama aku rasa badan die panas. one thing laki aku ni kalau die demam tolong jgn pasang kipas or selimutkan tetebal.aku pulak tak boleh tido pasal risau tgk die. mak baru kuar hospitalkan. 
tapi tanda- tanda denggi memang dah complete dah..Ridzuan cirit - birit, sakit sendi dan demam yang suhu tahap melampau. kol 4 pagi tu aku dah takle tunggu. aku bangun mandi sempat solat sunat supaya Allah mudah kan urusan Ridzuan pastu packing baju trus aku kejut die ajak pg hospital. pukul 4 pagi ok!! terus drive pegi DEMC. dah register semua amik darah pun dah pastu jumpa doktor. KONFEM dalam darah dia ada DENGGI. POSITIF..again!! i cry n cry n cry....why me Allah?? tapi aku kuatkan semangat. kalau tak macam mana Ridzuan nak sembuhkan, doktor kata platlet Ridzuan still 180++. aku cakap ngan doktor  "i dont care doctor, i still nak die warded because my mother baru keluar dari hospital sebab DENGGI". Doktor check dengan nurse bilik semua full. DAMN!! sb kes denggi terlalu tinggi. lepas few calls from one hospital to another hospital yang semuanya pon penuhhhh last sekali aku dapat satu. kt SALAM Specialist. which located belakang umah aku. fuhhh lega..lagi senang. register n tunggu kejap terus dapat bilik, alhamdulillah. 
biasalah procedure doktor..macam - macam nak amik. darahla, sample kencingla berakla. takpe. kalau itu yang boleh bg sembuh aku tadah je. tapi tu lah nak cakap. Perasaan seorang isteri yang Allah kurniakan tu sangat indah..KALAU aku dengar cakap doktor kt DEMC tak payah warded memang lagi teruk laki aku. kt SALAM sampai dapat detect yang Ridzuan terkena VIRUS KENCING TIKUS + DENGGI..wawawa..i cry, cry & cry again...why me Allah???tetiap hari menangis. aku takut sangat. Ridzuan punya badan panas ya Rabbi tak payah cakaplah. tapi die boleh menggigil mcm temperature 0'. macam mana tu. tak ke sedih. sampai kena peluk die bg kurang rasa menggigil die. Allah jelah tau hancurnya hati aku tgk Ridzuan yang kuat selama ni jadi lemah mcm tu. Die lagi chill..kalau demam mesti pegi jogging. nak bagi kebah demam konon. siap mintak doktor nak pg jogging. aku cakap kt die, kang kalau rebah sape nak pikul? aku?  paling kuat pun aku gulingkan die sampai kat kete..aku pun tgh mabuk-mabuk pregnant. HAHAHA..mengong!
2 minggu die terlantar kt sepital. anje- anje angatttt...pg toilet aku kena teman, mandi pun kena mandikan, makan pun bersuap..haishhh...AKU CINTA PADAMU SAYANG..haha..lepas ni aku pantang siapla dia..hahaha

ni Paiz. adik ridzuan datang dari batu pahat. sayangggg die kt ridzuan. padahal student kot. datang tido hospital 2 mlm temankan kitorang.masa ni dah dalam proses recover.


OK nak bgi tips makan kalau untuk orang DENGGI. ingat ye.. DENGGI ni belum ada vaksin lagi. ikthiar doktor hanya masukkan drip air. tapi InsyaAllah 2016 dah ada vaksinnya. sb DOKTOR Ali yang rawat Ridzuan ni rupanya best fren pakcik Ridzuan kt Hopital KEM TERENDAK, MELAKA dan doktor Ali pon pernah rawat ABANG ridzuan ni dulu. sakit ape ye. lupeee...ha bagusss sgtla tu.

KETAM NIPAH - orang kata ketam biasa pun boleh. tapi sebenarnya yang lagi mujarab ketam nipah ni. ketam nipah ni better buat sup..

DAUN BETIK - kalau jenis yang takde hal nak makan ulam yang pahit tu silakan kunyah. macam Ridzuan memang slamber je kunyah walau pait...macam mak aku tak..aku kena blender sampai jadi air. tapis dlu..kang tersedak kang. 

TELUR AYAM KAMPUNG - telur ayam kampung elok tau. die akan naik kan pletlet darah. masa mak masuk aku taktau lagi tapi masa Ridzuan ni MAK BUSU ridzuan (wife pakcik die yang doktor) kata elok sangat. buat macam manakn telur setengah masak. tak lalukan makan gitew je.. letakla kicap ngan lada sulah. 

AIR 100 Plus - tang ni aku tak setuju. kalau demam biasa- biasa mungkin okla kot. macam kes mak.sb minum 100 plus gula dalam badan jadi tinggi. kalau boleh elaklah. campur mak ngan ridzuan punya collection air 100 plus (orang bagi masa melawat) aku rasa dah boleh bukak kedai. KAHKAHKAH.. 

AIR ZAM-ZAM & AIR MASAK - yang ni kalau dapat minum byk memang champion. doktor pun suruh minum banyakkkkkk.

note: even sampai sekarang bile tgk ketam ridzuan ke mak menyampah. jangan cakap dorang...aku ni punnnnnnn sama..nak MUNTAHHHHHH

untuk KENCING TIKUS pulak so far takde pemakanan yang spesifik sb doktor masukkan antibiotik . so dont worry. nasihat aku. kalau ada sape- sape yang dah terkena sipi-sipi simptom DENGGI cepat dapatkan rawatan. yang PAKAR dalam denggi ni adalah HOSPITAL KERAJAAN. tapi Ridzuan aku tak larat nak masukkan kerajaan sb tak larat. aritu aku dah jaga mak..so taulah experience tu. 

entri aku ni panjang lebor..konpem seminggu malas nak tulis..HAHAHA

 kBai

Love 
-haizan-














26 weeks of pregnancy

hati ada sikit sinang. satu assignment dah siap.siap jela..tapi isi aku taktau la ok ke tak.ahhhh lantak p situ..kahkahkah..kosser aku nak belek balik..tapi still ada 2 lagi assignment to go. tunggu amik mood dulu.
lupa. ahkak sambung belajar balik. sebab bile fikir-fikir sayang pulak tak continue.padan muka dah nak ada anak satu baru tergedik nak further.  takpe...lambat ke cepat tak jadik hal. yang penting kita pandai arrange masa belajar, kerja dan rumah tangga..gitewwww..

arini kandungan dah 26 minggu...14 weeks to go. mencabar sungguh. dalam masa yang  sama aku tak sabar aku eksaited sgt. tapi tanak la terlalu ghairah nanti takut jadi benda lain. dari segi persiapan takde buat ape pun lagi. beli pun takat sikit- sikit je. pantang orang tua katakan. 

sepanjang pregnant ni alhamdulilah badan aku kuat. ada lah sickness tapi takde teruk sangat. takat nak anje- anje gitu. biasa nya orang kne sickness ni pagi. tapi aku kne sickness start dari balik opis sampai malam..takpun dari start lepas lunch bawak ke malam. tgkla mana sempat haha. mak aku cakap tu penyakit orang malas.KAHKAHKAH...tak kelakar okeh. ko ingat best sgt ke.asik melepek, pening, loya, badan berangin, perut rasa tak tentu arah..masa awal- awal tu pulak aku kena tekanan darah rendah. lagila...pantang silap skit asikk nak pitam manjang. bangun laju dari baring atau duduk pun rasa nak fitam. tapi rasa nak pitam tu ada lagi sampai sekarang.. pastu bile rasa nak pitam mulalah rasa dada sesak sangat. kne pandai- pandai handle la.

masa aku first trimester makanan yang aku takle telan, tgk atau tercium bau adalah makanan berasaskan SANTAN & BERKUAH..Perrrghh.. seyes..loya betol.. kalau tgh lapar nampak ape pun jenis lauk yang bersantan atau berkuah trus patah selera. no no no .. aku makan lebih kepada lauk yang kering. ha aku lupa...tomyam pun aku menyampah giler tgk. padahal peberet giler sebelum pregnant. 
masuk trimester kedua alhamdulillah pulak ok dah...tapi tak jugak. kadang-kadang loya gak. sampai sekarang la aku lagi suka lauk yang kering. contoh sambal- sambal ke, sayur yang goreng je ke..makan dengan kicap. tapi aku tak amalkan sgt kicap- kicap ni. biler terliur je. 

Berat badan pulak so far setakat ni aku gained dalam 3-4 kg. ok la kan. lagipun kenala paham..dari  april - may life aku kan kt sepital jaga orang sakit. so badan aku betul - betul letih. jaga mak, jaga Ridzuan. walau macam mana lembik n tak larat pun aku kena jugak kuat. alhamdulillah Allah mudahkan urusan aku masa tu. bp jam aku dok tunggu sepital..siap boleh balik g pasar, pastu masak, laundry n packing pastu pg balik hospital. masa tu Allah jelah tau macam mana keadaan aku. tapi alhamdulillah ahli keluarga aku dan Ridzuan byk bantu. ada yang sanggup hari- hari ulang alik. apepun jasa yang dah tercurah tak terbalas rasanya. Allah je yang boleh balas segala budi baik kalian semua.Buat Boss yang sangat understanding & supportive i will never forget. semoga Allah sentiasa memelihara kalian semua.aminnn

nanti kita citer lagi la ye..

Kbai

Love 
-haizan-






Wednesday, 18 June 2014

Buku & Ruas...

harini topik kita menjaga menjaga adab ye anak-anak..hehe..
Adab tu ape? makan beradab ke? aku tempeleng sape yang  jawab macam tu..haha...Adab tu macam perilaku atau perbuatan kita dalam kehidupan seharian



Dengan siapa kita perlu beradab? ofkos dengan orang tua kita, keluarga kita tak mengira umur dan pangkat, lagi dengan kawan- kawan kita..boss kita...eh senang cter dengan sape pun  kita berkawan kita kena jaga adab.

contoh paling senang dalam beradab ialah melalui percakapan. woooo sensetip ooo bab ni.contohnya..bila kita dah berkahwin especially...corak kehidupan antara family sebenar kita dan family mertua kita adalah sangat berbeza. jgn bawak budaya yang kita dah biasa bawak dengan keluarga kandung kita. kita nikan nama je dah ada keluarga mertua so anggap la keluarga mertua macam keluarga sendri jugak...YES..statement tu betul. itu akan terjadi untuk moment- moment yang manis untuk di kenang ye. 

tapi beringatlah..kalau dengan keluarga mertua kita amalkan cara hidup kita ngan family kandung kita nescaya akan terjadila pertelagahan. contohnya...dengan adik beradik kita..kita dah TERbiasa bercakap kasar...maki- memaki...herdik -mengherdik...Benda ni la paling kita takut. 
Kita ni pergi mana usung nama suami...tak pun pegi mana suami usung nama kita...Tapi bab suami usung nama kita tu tak jadi hal sangat. pasal tanggungjawab mendidik isteri ni tanggungjawab SUAMI.
orang akan cakap " bagus bini si "polan" ni....pandai masak, pandai borak ehhhh pandai la segala hal"
Tak Ke KEMBANG si suami bile orang puji macam tu...tapi bukan pujian yang kita harapkan ye...sb PUJIAN ni layak untuk Allah je.



















kalau kita biasa bercakap kasar ngan mak bapak kita atau adik beradik kita siapa yang peduli? takde sape peduli..nak-nak mak bapak kita...dorang dah terbiasa...paling -paling akan berbisik dalam hati orang tua tu pun "anak aku memang macam tu dari kecik, aku dah masak sgt ngan perangai dia'' macam tu jugak dengan adik beradik kita..

tapi agak peliklah kalau dengan mak bapak mertua mahu pun adik beradik ipar kita bercakap LIKE NO BODY BUSINESS..orang akan anggap "ape kurang ajar die ni"
"belajar tinggi- tinggi tapi otak takde" "laki die ni tak ajar die ke" haaaaaaaaaaaaaaaaa sampai mcm tu sekali orang akan beranggapan. 

kita ni belajar tinggi mana pun atau keje pangkat tinggi sekali pun orang tak berapa pandang sangat. orang akan pandang budi pekerti seseorang itu. 

ada yang berpendapat...kurangnya adab bercakap atau orang lebih bahasa "ni puak takde bahasa bile bercakap"
tak reti nak menggunakan intonasi, tatabahasa mahupun perkataan biasanya berasal dari orang yang tak bercampur gaul...duduk dalam kelompok die je...ye....memang ada orang yang dari kelompok buat hal sendiri tak bercampur orang...tapi biasanya kategori ni jenis yang diam je...bukan nya bila bercakap wahhhhh mcm bagus sangat...















ni tak...bile bercakap die la paling bz...die la paling stress 
keje kt opis..malulah sikit...orang yang keje berpangkat pun tak kecoh la..haiiiii nak aje aku jawabbbb...aku jawab kang SENTAPPPP...nasib la aku ni penyabar lagi....

di telan mati emak diluah mati bapak...susah nak kata..
takkan pasal adab ni pun kena bgtau kan? umur dah berapakan...matang la sikitkan..kan kan..

golongan macam ni belum kena buku ngan ruas lagi. dulu pernah kena sekali...ingatkan insap....bukan lantang dgn keluarga mertua je tapi dengan sedara mara mertua pun LANTANG sangat..malu lah sikit nak bergaduh di media sosial..semorang baca kot...orang akan menilai kita....yang dapat nama buruk sape? ha fikirla ye...

aku belum nak bercakap je...kalau aku dah bercakap mintak mahappp la sangat...sb Kau biadap sangat.. aku peduli la sape tok nenek ko masa tu..masa aku tak bercakap ni aku masih memikirkan perasaan suami aku dan orang terdekat...padahal mulut dah ringan sangat dah...sabar...urut dada lagi...

ok tu je nak cakap...
dah lepas beban di dada..


































KBai



Love
-haizan-















Friday, 13 June 2014

Cramp Kaki

kesakitan apakah yang aku alami...???
sakit betis wooooo...rasa macam dah bengkak je...kan sedappp kalau ada orang urutkan..(abg..plisss urut...HEHE)
aku kena cramp kaki malam tadi...masa kena tu memang macam kejutan letrik la...ko bayangkan ko tgh sesedap tido kaki sebelah ko mcm urat tertarik....tgh tido tu ko boleh menjerit...menggelupur Ridzuan bangun nak tolong aku. nasib dia dah diajar macam mana nak buat kalau dalam keadaan begitu...biasanya cepat baik...tapi pagi tadi masa dah sampai opis aku rasa macam sakit lagi kt betis....
dalam kol 11 pg tadi ade mintak akak kt opis urut sket...kejap jela...kejap je hilang..pastu datang balik sakit tu...
pastu kol 1 tadi memang rasa tak tertolong..so opismate aku bg tips untuk ikat kaki dengan kain sampai kaki dah agak biru pastu bukak ikatan tadi....kotla jalan teori tu kat aku..PONNNN takjalan...bgtau Ridzuan pun die tak reply msg.."ok aku paham dia bz" anjeee angat..hahaha..last2 call je dia...dia cakap nnti balik die urut...terus hilang sakit...hahaha...tipu je...hati je berbunga...kaki tetap sakit..

kat bawah ni aku dapat kt http://www.babycenter.com.my/a1043396/kejang-kaki

hopefully info kat bawah boleh membantu la ye...nanti kalau aku dah jumpa tips yang terbaik aku kongsi k







































k Bai!

LOVE
-haizan-

Thursday, 12 June 2014

Berita Gembira

HEHE...kat sini baru nak story...padahalllll dah basi pun citer...
sape yang follow FB mesti nak cakap "ek ellleeeee....dah basi pun"
ponnn tetap aku nak citer...
#Bloghakupunyasukaaaalaaaa....
hahahha...

ME & HUSBAND insyaAllah will become MAMA & PAPA soon...hooraaaayyyyy!!!!!

as at today aku dah 25 weeks....wahhh macam-macam perasaan rasa...yet sekarang ni pun aku rasa nak menangisss sb baca pengalaman orang bersalin...takuttttt...takpe2..KEEP CALM!! 

nanti kita story lagi kay..mana- mana barang yang aku dah beli orang ape je yang aku dah buat or akan buat kita talk later..now time rehat kt opis...kaki aku kejang malam tadi sakitnya masih berbaki...sakit ooooooo...but  i enjoy the moment..


k Bai

LOVE
-haizan-

Ujian Dari Allah menjadikan Kami Kuat

aku dah bukak blog ni semenjak sebulan lepas..dok intai-intai...tapi tak buat pape..hahaha
kosser eh....banyak cter nak kongsi..baik yang sedih taupun yang happy...
2014 tahun yang sangat menguji kesabaran ketabahan dan kekuatan aku sebagai seorang yang bernama hamba. (wa.......tanak nangis2 dah..) apepun jadi aku tetap tabah...tetap kena teruskan hidup demi orang tersayang...tak gitew? ehehe...

16 Feb 2014 - Umum mesti tau yang anak buah aku Muhamad Aufar Rifqi dah kembali bertemu sang pencipta kan?Innalillah buat anak ibu...sampai sekarang masih terkenang masih terngiang dan masih ibu menangis bile teringat...Tapi Allah dah tentukan segalanya 2 tahun Allah pinjamkan Aufar untuk kami.. Ibu dan keluarga sentiasa redha dengan apa yang berlaku. ( tulis ni pun rasa tak kuaat...laju jeeeee air mata turun....)

7 Mac 2014 - Rezeki Mak Abah dapat tunaikan umrah dengan tenang tanpa sebarang gangguan..banyak cerita dah lupa ..tapi gamba melambak-lambak tak berupload..malas!!

21 Mac 2014 - sekali lagi kami di uji dengan ujian yang Maha berat..tanpa kami sangka... tapi semua perancangan Allah..siapa kami untuk menghalang takdir. Adik kepada Aufar...Muhammad Azfar Raimi telah Allah tarik hak penjagaanya dari kami..berusia kurang lebih 6-7 bulan. betul-betul kami tak sangka...
seminggu sahaja tempoh yang di beri untuk menjaga anak kecil itu di Hospital Ampang Putri.. Disahkan Denggi. Subhanallah cukup kami tak kuat untuk berdepan dengan ujian...tapi Kami terus berdoa kepada Allah supaya beri kami kekuatan untuk tempuh segala dugaan ini. Ibu beruntung dapat jaga Azfar masa Aufar tgh bertarung nyawa..dapat jaga semalaman...

ibu rindu semua anak-anak ibu.....kenangan yang tercipta takkan pernah luput diingatan..sentiasa ibu selitkan doa dalam solat ibu " Ya Allah..Kau satukan anak- anak kami di syurgaMu...supaya anak-anak ini kelak dapat memimpin tangan ibu bapanya, atok neneknya dan ibu bapa saudaranya untuk masuk kesyurgaMu"
Amin Ya Rabbal alamin....

7 April 2014 - aku kena tahan wad di Pantai Hospital (seminggu)

30 April 2014 - Mak disahkan denggi..dirawat di ICU HTAR...masa ni Ya Allah  terduduk rasanya. tak mampu nak berkata apa...tak putus- putus berdoa supaya mak selamat...alhamdulillah... selepas kurang lebih 2 minggu bertapa di hospital...mak bebas dari ancaman Denggi...Alhamdulillah Ya Allah....

13 May 2014 - 2 Hari mak discharge Husband aku pulak warded...Ya Allahhhhhhhhhh.....sebenarnya2 ini lah yang dikatakan ujian...Disahkan Denggi DAN Kencing Tikus...pun berkampung jugak dekat 2 minggu kat sepital...SALAM Specialist... setiap kekurangan yg ada pasti Allah selitkan kekuatan disitu...dalam tempoh menjaga orang sakit alhamdulillah keadaan badan aku sihat je..=) 9 /6 2014 Ridzuan dah boleh bekerja semula....


banyak citer yang nak dikongsi...tapi lebih baik aku stop kt sini dari entry ni jadi penduduk tetap kat DRAFT..
banyak tips yang nak kongsi..baik untuk penyakit Denggi ataupun Kencing Tikus...nanti citer dalam entri la erkkk...

kita ada berita gembiRAAAAA...lalala..sape yang follow FB mesti dah tau..


k Bai !!


LOVE
-Haizan-