Thursday, 12 June 2014

Ujian Dari Allah menjadikan Kami Kuat

aku dah bukak blog ni semenjak sebulan lepas..dok intai-intai...tapi tak buat pape..hahaha
kosser eh....banyak cter nak kongsi..baik yang sedih taupun yang happy...
2014 tahun yang sangat menguji kesabaran ketabahan dan kekuatan aku sebagai seorang yang bernama hamba. (wa.......tanak nangis2 dah..) apepun jadi aku tetap tabah...tetap kena teruskan hidup demi orang tersayang...tak gitew? ehehe...

16 Feb 2014 - Umum mesti tau yang anak buah aku Muhamad Aufar Rifqi dah kembali bertemu sang pencipta kan?Innalillah buat anak ibu...sampai sekarang masih terkenang masih terngiang dan masih ibu menangis bile teringat...Tapi Allah dah tentukan segalanya 2 tahun Allah pinjamkan Aufar untuk kami.. Ibu dan keluarga sentiasa redha dengan apa yang berlaku. ( tulis ni pun rasa tak kuaat...laju jeeeee air mata turun....)

7 Mac 2014 - Rezeki Mak Abah dapat tunaikan umrah dengan tenang tanpa sebarang gangguan..banyak cerita dah lupa ..tapi gamba melambak-lambak tak berupload..malas!!

21 Mac 2014 - sekali lagi kami di uji dengan ujian yang Maha berat..tanpa kami sangka... tapi semua perancangan Allah..siapa kami untuk menghalang takdir. Adik kepada Aufar...Muhammad Azfar Raimi telah Allah tarik hak penjagaanya dari kami..berusia kurang lebih 6-7 bulan. betul-betul kami tak sangka...
seminggu sahaja tempoh yang di beri untuk menjaga anak kecil itu di Hospital Ampang Putri.. Disahkan Denggi. Subhanallah cukup kami tak kuat untuk berdepan dengan ujian...tapi Kami terus berdoa kepada Allah supaya beri kami kekuatan untuk tempuh segala dugaan ini. Ibu beruntung dapat jaga Azfar masa Aufar tgh bertarung nyawa..dapat jaga semalaman...

ibu rindu semua anak-anak ibu.....kenangan yang tercipta takkan pernah luput diingatan..sentiasa ibu selitkan doa dalam solat ibu " Ya Allah..Kau satukan anak- anak kami di syurgaMu...supaya anak-anak ini kelak dapat memimpin tangan ibu bapanya, atok neneknya dan ibu bapa saudaranya untuk masuk kesyurgaMu"
Amin Ya Rabbal alamin....

7 April 2014 - aku kena tahan wad di Pantai Hospital (seminggu)

30 April 2014 - Mak disahkan denggi..dirawat di ICU HTAR...masa ni Ya Allah  terduduk rasanya. tak mampu nak berkata apa...tak putus- putus berdoa supaya mak selamat...alhamdulillah... selepas kurang lebih 2 minggu bertapa di hospital...mak bebas dari ancaman Denggi...Alhamdulillah Ya Allah....

13 May 2014 - 2 Hari mak discharge Husband aku pulak warded...Ya Allahhhhhhhhhh.....sebenarnya2 ini lah yang dikatakan ujian...Disahkan Denggi DAN Kencing Tikus...pun berkampung jugak dekat 2 minggu kat sepital...SALAM Specialist... setiap kekurangan yg ada pasti Allah selitkan kekuatan disitu...dalam tempoh menjaga orang sakit alhamdulillah keadaan badan aku sihat je..=) 9 /6 2014 Ridzuan dah boleh bekerja semula....


banyak citer yang nak dikongsi...tapi lebih baik aku stop kt sini dari entry ni jadi penduduk tetap kat DRAFT..
banyak tips yang nak kongsi..baik untuk penyakit Denggi ataupun Kencing Tikus...nanti citer dalam entri la erkkk...

kita ada berita gembiRAAAAA...lalala..sape yang follow FB mesti dah tau..


k Bai !!


LOVE
-Haizan-