Thursday, 19 June 2014

26 weeks of pregnancy

hati ada sikit sinang. satu assignment dah siap.siap jela..tapi isi aku taktau la ok ke tak.ahhhh lantak p situ..kahkahkah..kosser aku nak belek balik..tapi still ada 2 lagi assignment to go. tunggu amik mood dulu.
lupa. ahkak sambung belajar balik. sebab bile fikir-fikir sayang pulak tak continue.padan muka dah nak ada anak satu baru tergedik nak further.  takpe...lambat ke cepat tak jadik hal. yang penting kita pandai arrange masa belajar, kerja dan rumah tangga..gitewwww..

arini kandungan dah 26 minggu...14 weeks to go. mencabar sungguh. dalam masa yang  sama aku tak sabar aku eksaited sgt. tapi tanak la terlalu ghairah nanti takut jadi benda lain. dari segi persiapan takde buat ape pun lagi. beli pun takat sikit- sikit je. pantang orang tua katakan. 

sepanjang pregnant ni alhamdulilah badan aku kuat. ada lah sickness tapi takde teruk sangat. takat nak anje- anje gitu. biasa nya orang kne sickness ni pagi. tapi aku kne sickness start dari balik opis sampai malam..takpun dari start lepas lunch bawak ke malam. tgkla mana sempat haha. mak aku cakap tu penyakit orang malas.KAHKAHKAH...tak kelakar okeh. ko ingat best sgt ke.asik melepek, pening, loya, badan berangin, perut rasa tak tentu arah..masa awal- awal tu pulak aku kena tekanan darah rendah. lagila...pantang silap skit asikk nak pitam manjang. bangun laju dari baring atau duduk pun rasa nak fitam. tapi rasa nak pitam tu ada lagi sampai sekarang.. pastu bile rasa nak pitam mulalah rasa dada sesak sangat. kne pandai- pandai handle la.

masa aku first trimester makanan yang aku takle telan, tgk atau tercium bau adalah makanan berasaskan SANTAN & BERKUAH..Perrrghh.. seyes..loya betol.. kalau tgh lapar nampak ape pun jenis lauk yang bersantan atau berkuah trus patah selera. no no no .. aku makan lebih kepada lauk yang kering. ha aku lupa...tomyam pun aku menyampah giler tgk. padahal peberet giler sebelum pregnant. 
masuk trimester kedua alhamdulillah pulak ok dah...tapi tak jugak. kadang-kadang loya gak. sampai sekarang la aku lagi suka lauk yang kering. contoh sambal- sambal ke, sayur yang goreng je ke..makan dengan kicap. tapi aku tak amalkan sgt kicap- kicap ni. biler terliur je. 

Berat badan pulak so far setakat ni aku gained dalam 3-4 kg. ok la kan. lagipun kenala paham..dari  april - may life aku kan kt sepital jaga orang sakit. so badan aku betul - betul letih. jaga mak, jaga Ridzuan. walau macam mana lembik n tak larat pun aku kena jugak kuat. alhamdulillah Allah mudahkan urusan aku masa tu. bp jam aku dok tunggu sepital..siap boleh balik g pasar, pastu masak, laundry n packing pastu pg balik hospital. masa tu Allah jelah tau macam mana keadaan aku. tapi alhamdulillah ahli keluarga aku dan Ridzuan byk bantu. ada yang sanggup hari- hari ulang alik. apepun jasa yang dah tercurah tak terbalas rasanya. Allah je yang boleh balas segala budi baik kalian semua.Buat Boss yang sangat understanding & supportive i will never forget. semoga Allah sentiasa memelihara kalian semua.aminnn

nanti kita citer lagi la ye..

Kbai

Love 
-haizan-